Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, November 17, 2009

Kanser paru-paru disebabkan oleh Vitamin E yang berlebihan



Menurut American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine, pengambilan 400 miligram Vitamin E dalam tempoh yang lama mengundang 28 peratus risiko penghidap kanser paru-paru terutamanya bagi perokok.

Dr. Christopher Slatore dari University of Washington memaklumkan sebanyak 521 kes kanser paru-paru telah dikesan di kalangan mereka yang berumur 50 - 76 tahun yang mengambil Vitamin C, folate dan Vitamin E secara berterusan selama 4 tahun.

Kajian juga menunjukkan walaupun alpha-tocopheryl succinate dan Vitamin E ester boleh menyekat pertumbuhan sel kanser pada haiwan, tiada bukti yang menunjukkan bahan itu menghalang kanser terhadap manusia.

Sumber: Dewan Masyarakat

No comments: