Satu penyelidikan yang dibuat di London mendakwa wanita yang mengalami masalah migrain atau pening kepala sekurang-kurangnya sekali seminggu, lebih berisiko besar atau tiga kali berkemungkinan diserang angin ahmar berbanding wanita yang bebas masalah itu. Malah, penyelidik juga mendakwa wanita yang mengalami pening biasa dan simptom atau gejala gangguan penglihatan sekurang-kurangnya sebulan sekali, juga berdepan risiko serangan jantung pada kadar satu setengah kali berbanding wanita biasa.
Kumpulan penyelidik itu membuat rumusan berdasarkan kajian ke atas 27,798 wanita yang kesemuanya bertugas di bidang perubatan dan berusia 45 tahun ke atas.
"Dalam tempoh 12 tahun, kami merekodkan 706 gangguan kepada pengaliran darah ke otak, 305 serangan jantung dan 310 kejadian serangan angin ahmar," kata ketua penyelidik, Dr Tobias Kurth ketika membentangkan hasil kajiannya di satu mesyuarat tahunan Akademi Neurologi Amerika di Chicago pada April 2008.
Serangan angin ahmar berlaku apabila salah satu saluran darah tersumbat menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Kekerapan berlakunya serangan itu dibandingkan dengan sejarah wanita itu mengalami masalah migrain.
-Agensi Ahad, 20 April 2008
No comments:
Post a Comment