Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 18, 2009

Kelip-kelip Kampung Dew


Bagi sebahagian masyarakat keindahan adalah laut yang membiru, hutan yang menghijau serta sawah padi yang terbentang, namun ramai yang tidak mengetahui tentang keindahan panorama malam yang mengandungi jutaan rahsia.

Rahsia itu boleh dikongsi di kala malam apabila menyusuri sungai berhampiran Kampung Dew, Taiping.

Kelihatan cahaya berkelipan daripada kelip-kelip menghiasi pokok di sepanjang sungai mencetuskan suasana keindahan yang sukar didapati di tempat lain.

Kelip-kelip itu yang tergolong dalam kumpulan serangga daripada keluarga Lampyride dan spesies yang dikenali sebagai Tener dapat dilihat setiap malam sepanjang sungai tersebut.

Hasil daripada kajian oleh beberapa penyelidik mendapati kelip-kelip di Kampung Dew bertaraf antarabangsa dan diibaratkan seperti sebutir permata di dalam lumpur.

Sumber: Sinar Harian, www.umnobktgantang.com

No comments: