Taman Alam Kinta (imej dari pdtbatugajah.perak.gov.my)
Taman Alam Kinta atau juga dikenali sebagai Taman Burung di Kampung Pisang, Batu Gajah, antara lokasi yang menawarkan peminat burung pemandangan indah dan mengasyikkan.
Seperti Santuari Burung Kuala Gula, Taman Alam Kinta juga dihuni dua kategori burung iaitu burung residen dan hijrah (migratory birds) menjadi tarikan utama peminat burung ke taman ini.
Berkeluasan 900 hektar, taman burung ini mempunyai 125 spesies burung dengan hampir 60 peratus daripadanya didaftar dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1976.
Tiga burung utama yang boleh dilihat sepanjang masa ialah puchong serandau, puchong puak dan puchong periap yang beratnya melebihi satu kilogram.
Selain itu, taman burung yang dibuka pada tahun 2000 ini turut dihuni burung tiong air, penyelam dan pang ling.
Jika bernasib baik, pengunjung juga dapat melihat burung hijrah dari Siberia seperti kedidi pasir dan kedidi kaki dian merah (trianga totanus) yang singgah di situ pada musim tertentu.
Lebih mengasyikkan apabila melihat aksi burung bangau membentuk satu jaluran putih dalam kumpulan kecil, kadangkala sehingga lima ekor berterbangan di antara kumpulan burung bangau besar.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment