Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan susu kacang soya. Susu kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghindari penyakit jantung dan kencing manis. Soya memang kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
Kuaci
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolesterol LDL sekaligus menghadkan kolesterol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolesterol.
Buah kering
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta buah delima.
Epal
Memakan sebiji epal serta meminum jusnya setiap hari adalah mencukupi untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
Ikan Tuna
Ikan tuna termasuk dalam sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain daripada salmon dan kembong. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL.
Kacang Tanah
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan Vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
Mangga
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber vitamin C yang lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolesterol LDL dalam tubuh.
Kismis
Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8%.
Oat
Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak.
Jambu Batu
Ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400 gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.
Sumber : hidup-sehat.blogspot.com
Dipetik daripada Buletin Pengguna Isu November 2008
No comments:
Post a Comment