Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, November 17, 2009

Info mengenai inai



Bahagian utama pokok inai yang mempunyai nilai ubatan ialah daun, batang dan akar.


1. Penyakit kulit, bisul melepuh, sakit di sekeliling kuku (cagu), luka berkhatan - segenggam daun inai ditumbuk lumat dan dicampur sedikit air dan dilumurkan pada bahagian yang sakit dan dibiarkan kering.

2. Bagi luka bersalin dan pembedahan - tujuh helai daun inai dimakan pada sebelah pagi dan petang bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

3. Demam kuning, keputihan - segenggam daun inai dan beberapa kuntum bunga kantan, dicincang dan direbus. Airnya dibuat mandian dan cucian.

4. Bengkak hati - jus inai daripada daun inai segar.

5. Merawat botak, menghilangkan kelemumur dan melembutkan rambut - daun inai ditumbuk lumat dengan sedikit air dan dilumurkan pada bahagian kepala dan dibasuh bersih setelah kering.

6. Kosmetik dan farmaseutikal - daun dan bunga inai boleh diekstrak minyak patinya dan berguna dalam industri perubatan kosmetik.


Fakta ringkas inai

1. Kulit batang inai - boleh merawat penyakit hati seperti demam kuning dan bengkak hati serta cirit-birit.

2. Bunga - merawat masalah sakit kepala disebabkan cuaca panas. Caranya dengan meletakkan bunga inai yang dicampur cuka sekeliling kepala.

3. Akar - digunakan untuk merawat bisul.

4. Daun - air rendaman daun ini mampu merawat keputihan dan masalah haid berlebihan. Juga digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Selain itu, digunakan untuk menutup uban dan sebagai pewarna tekstil.


Info dipetik dari akhbar Sinar Harian 2 Julai 2009

No comments: