Influenza A (H1N1)
· Sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus terhasil melalui mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.
· Kes terawal dilaporkan di Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009.
· Tanda-tanda awal jangkitan adalah seperti selsema, demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, muntah-muntah atau cirit birit.
· Virus ini berjangkit melalui batuk dan bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar dari pesakit akan tersebar ke udara dan seterusnya akan dijangkiti oleh orang di sekeliling melalui pernafasan atau menyentuh permukaan yang telah dicemari dengan titisan cecair yang keluar dari pesakit.
· Langkah-langkah pencegahan:
1. Jauhi orang yang tidak sihat, demam atau batuk.
2. Cuci tangan menggunakan sabun atau antiseptic.
3. Elakkan menyentuh mata, mulut atau hidung.
4. Elakkan berada di tempat awam yang sesak.
Meningitis
· Sejenis penyakit yang melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.
· Disebabkan oleh virus atau bacteria. Salah satu bacteria penyebab ialah Neisseria Meningitis dan jangkitan oleh bacteria ini dikenali sebagai jangkitan Meningoco Meningitis.
· Kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai lapisan umur.
· Penyakit ini berjangkit secara lansung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.
· Tanda-tanda awal jangkitan termasuklah demam, sakit kepala yang teruk, loya, muntah, ketegangan atau sakit tengkuk, mata sensitive terhadap cahaya, ruam pada badan serta pening dan kebingungan.
Leptospirosis
· Sejenis penyakit yang berpunca daripada bacteria Leptospires.
· Bakteria ini banyak terdapat pada haiwan seperti arnab, babi, kuda, anjing dan lain-lain binatang liar.
· Penyakit boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia melalui air, makanan atau tanah yang mengandungi air kencing haiwan yang mempunyai bacteria tersebut.
· Penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan system organ dan kematian.
· Sehingga 17 Mei, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan 1 kes di wad ICU berada dalam keadaan kritikal dan 21 kes lagi masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil.
Sumber: Laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.moh.gov.my/MohPortal/index.jsp
No comments:
Post a Comment