Kita sering terdengar nasihat dari doktor ataupun ahli keluarga kita yang menyarankan “minum lebih banyak air”, terutamanya apabila kita jatuh sakit. Akan tetapi, tabiat meminum air seharusnya diterapkan dalam kehidupan seharian kita, bukan sahaja pada masa kita sakit. Dalam iklim tropika dan cuaca panas di Malaysia, adalah amat mustahak untuk kita meminum air yang mencukupi untuk memelihara kesihatan.
Mengapa air sangat penting?
Air merupakan komponen terbesar dalam badan manusia. Antara fungsi utamanya adalah
untuk membuang toxin dari badan menerusi perpeluhan dan perkumuhan. Kita juga
kehilangan air dalam proses respirasi semasa kita bernafas. Tubuh kita memerlukan air untuk penghadaman dan penyerapan zat Air juga berfungsi mengekalkan kekenyalan dan kelembapan kulit kita dari dalaman. Air juga menghidratan badan semasa kita
menjalankan aktiviti giat dan melindungi otot dan sendi.
Berapa banyak air yang badan kita perlukan?
Kebanyakan pakar memberi saranan untuk meminum 8 hingga 10 gelas air sehari untuk
mengekalkan kesihatan. Akan tetapi, saranan ini hanyalah setakat jangkaan kerana
pengambilan air bukan sahaja tertakluk kepada meminum air kosong. Secara
keseluruhan, kita hanya perlu menggantikan kandungan air yang hilang dari tubuh badan kita; dan dengan demikian, ia adalah berbeza mengikut individu bergantung kepada usia, keadaan fizikal, tahap aktiviti, dan cuaca. Amalan yang sebaiknya adalah meminum air ketika berasa dahaga dan minum lebih banyak bila kita berasa tidak cukup. Dalam individu yang sihat, badannya akan menghantar isyarat ‘dahaga’ apabila badan telah kehilangan 1% atau 2% air. Akan tetapi, apabila kita menghidapi penyakit seperti demam dan cirit-birit, isyarat tersebut akan terjejas. Oleh itu, kita perlu meminum lebih banyak air semasa kita sakit untuk membuangkan toxin dalam badan. Keadaan fizikal dimana badan kita kekurangan air adalah seperti tekanan darah rendah, otot yang lemah, kekejangan dan insomnia. Kehilangan air yang serius akan menyebabkan koma dan membawa kepada kematian.
Adakah anda tahu?
• Pengurangan 4-5% air dalam badan akan membawa kepada kejatuhan dalam
prestasi kerja.
• Retensi (penyimpanan) air berlaku apabila air dalam badan tidak mencukupi,
dan badan akan menyimpan air untuk mengekalkan keseimbangan. Ironiknya,
retensi air ada masanya dapat diatasi dengan meminum lebih air dan bukannya
kurang.
• Kebanyakan orang berpendapat bahawa terdapat masalah dengan air apabila
bau busuk terasa, ataupun ia nampak kotor. Akan tetapi, terdapat pelbagai jenis
bahan pencemar merbahaya larut yang biasanya tidak menyebabkan air berbau
busuk atau kotor.
• Air meninggalkan perut kita 5 minit selepas diminum.
• Meminum hanya air masin sahaja akan menyebabkan halusinasi (berkhayal)
dan membawa kepada kematian.
Dipetik dari laman web Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia
No comments:
Post a Comment