Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, November 17, 2009
Penyediaan makanan yang selamat
Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan makanan.
Secara amnya, makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari pencemaran; contohnya, kuman berbahaya, bendasing, dan bahan kimia yang haram.
Untuk pengetahuan anda;
• Bakteria keracunan makanan boleh dipindahkan kepada orang lain dalam sesuatu masa.
• Bakteria keracunan makanan ini boleh ditemui di hidung, mulut, tangan, usus dan luka yang dijangkiti kuman
• Bakteria keracunan makanan ini boleh disebarkan oleh orang yang menyediakan makanan melalui bersin, batuk ke dalam makanan dan dengan menyentuh makanan.
• Kebanyakan wabak keracunan makanan timbul akibat dari pencemaran makanan semasa makanan disediakan oleh orang yang menyediakan makanan tersebut.
Bagaimana untuk memastikan penyediaan makanan yang selamat?
Pengguna seharusnya :
• Menjaga kebersihan diri
• Basuh tangan dengan betul, terutama sekali:
o Selepas keluar dari tandas
o Mengendalikan sisa makanan
o Selepas makan, merokok atau menghembus hidung
o Selepas mengendalikan bahan mentah dan sebelum menyajikan makanan
• Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek
• Pakai pakaian yang bersih dan penutup kepala
• Balut luka dengan pembalut luka yang kalis air
• Tanggalkan semua perhiasan seperti cincin, gelang dan jam tangan sebelum menyediakan makanan
• Amalkan tabiat yang sihat apabila menyediakan makanan
• Gunakan sudu, garpu atau penyepit (tong) untuk menyajikan makanan
• Gunakan kain/tuala yang berasingan untuk mengelap tangan, meja dan peralatan makan
• Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk bahan mentah dan yang telah dimasak
Perkara yang harus dielakkan:
• Meludah, mengorek hidung atau telinga semasa menyediakan makanan
• Makan, merokok atau mengunyah gula-gula getah atau sirih semasa menyediakan makanan
• Batuk atau bersin ke arah makanan
• Menyentuh bahagian dalam permukaan pinggan, cawan atau gelas semasa menghidang makanan.
• Menjilat jari semasa menyediakan makanan
• Menggaru kepala semasa menyediakan makanan
• Menghembus hidung ke dalam beg, pembungkus atau bekas yang digunakan untuk makanan dan minuman
• Merasa makanan dengan jari atau sudu yang tidak dibasuh
• Menggunakan tangan untuk menyajikan makanan
• Menggunakan bahan bercetak seperti kertas surat khabar untuk membungkus makanan
• Menggunakan peralatan seperti pinggan, cawan dan piring yang pecah, retak atau rosak
Dipetik daripada http://www.fomca.org.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment