Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, October 1, 2009

Prolaps Injap Mitral

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.


Apakah Injap Mitral?

Injap Mitral merupakan satu daripada empat injap yang terdapat dalam jantung manusia. Injap mitral mengawal aliran darah di antara dua ruang dalam jantung yang dipanggil atrium kiri dan ventrikel kiri. Darah akan mengalir sehala iaitu dari atrium ke ventrikel.

Tidak seperti tiga injap yang lain iaitu aortic, pulmonary dan tricuspid, injap mitral agak unik kerana hanya mempunyai dua kelopak. Injap-injap yang lain mempunyai tiga kelopak tisu.

Apabila jantung dalam keadaan berehat, kedua-dua kelopak injap mitral akan terbuka untuk mengalirkan darah daripada atrium ke ventrikel.


Prolaps Injap Mitral

Sekiranya anda mempunyai masalah prolaps injap mitral atau mitral valve prolapse, kelopak injap mitral anda tidak akan berfungsi secara normal. Salah satu daripada kelopak injap akan mengalirkan kembali darah kepada atrium. Darah akan masuk kembali ke dalam jantung. Aktiviti ini dipanggil kebocoran injap jantung.

Akibat daripada kebocoran injap jantung ini, jantung terpaksa bekerja 'lebih masa' untuk mengepam kembali darah. Prolaps injap mitral juga akan menimbulkan beberapa masalah seperti ketebalan jantung, aritmia dan jangkitan kuman.

Lazimnya, prolaps injap mitral bukanlah sesuatu yang serius, meskipun ia mampu menjadikan penghidapnya sakit dada dan sesak nafas. Menurut Institut Jantung Texas, kebanyakan pesakit tidak perlukan rawatan khusus.

Laporan menyatakan seorang daripada 20 penduduk Amerika Syarikat menghidap prolaps injap mitral. Kebanyakannya adalah wanita.

Simptom-simptom prolaps injap mitral

Jantung berdetak pantas
Sesak nafas
Pening kepala
Resah dan jantung sentiasa berdebar-debar.
Sakit dada
Keletihan

Sumber: www.heart-valve-surgery.com

1 comment:

Zairul Salleh said...

Terima kasih armouris, sebenarnya saya yg menghidapi mitral valve prolapse ni