Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, August 13, 2009

Tempat-tempat rekreasi dan pelancongan di Kuala Kangsar

Istana Iskandariah Kuala Kangsar (imej dari www.asiaexplorers.com)

Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Kuala Kangsar, antaranya:
  • Istana Iskandariah di Bukit Chandan
  • Masjid Ubudiah di Bukit Chandan
  • Galeri Sultan Azlan Shah
  • Istana Kenangan/Istana Kuning yang kini dijadikan Muzium DiRaja Perak. Bangunan ini unik kerana dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku.
  • Perak River Safari
  • Pusat Rekreasi Jabatan Pengairan dan Saliran.
  • Taman Rekreasi Raja Intan Suraya
  • Kelab Polo Sultan Iskandar
  • Kelab Golf Kuala Kangsar
Bagi yang gemar suasana alam semula jadi, boleh menaiki bot penambang menyusuri tebing Sungai Perak menuju ke Sayong. Sayong merupakan salah satu mukim yang terkenal dengan pembuatan labu sayong. Malah, untuk sampai ke Bandar DiRaja ini, arca labu Sayong gergasi menjadi salah satu mercu tandanya.

Tidak akan bermakna jalan-jalan ke Kuala Kangsar jika tidak singgah ke Lembah. Satu kawasan popular di bandar ini yang menempatkan pelbagai menu pilihan makanan negeri Perak termasuk bazar membeli belah.

Medan Cendol dan Laksa dibina bersebelahan bazar kraf dan Laman Budaya yang terkenal dengan hidangan Laksa Pak Ngah. Bukan hanya popular di daerah atau negeri ini sahaja, tetapi laksa Pak Ngah sebenarnya sudah mula menjadi buah mulut di kalangan masyarakat luar yang gemarkan kelainan rasa kuah dan pembuatan laksanya.

Sambil makan-makan, mata dihidangkan dengan keindahan latar Sungai Perak dan kemeriahan di Laman Budaya.

Sumber: Sinar Harian

No comments: