Gambar di atas aku ambil sewaktu bercuti ke Terengganu beberapa bulan yang lepas. Dalam banyak-banyak gambar yang aku ambil, gambar ini merupakan gambar kesukaan aku (personal favourite).
Sebenarnya gambar ini aku ambil secara tidak sengaja. Aku begitu terpesona menyaksikan keindahan ombak Laut Cina Selatan yang bergulung-gulung menghempas pantai. Di belah pantai barat, ombak tidak begitu kuat. mungkin kerana terlindung dari tiupan angin akibat kepulauan Sumatera yang berada di seberang Selat Melaka.
Setelah aku upload gambar tersebut ke dalam PC, aku tertarik dengan imej yang dihasilkan. Gambar dua orang kanak-kanak (gambar anak lelaki aku bersama kawannya) sedang menghadap ombak. Di fikiranku tiba-tiba menafsirkan sesuatu. Kanak-kanak tersebut aku umpamakan sebagai usia muda manakala ombak tersebut diumpamakan cabaran ataupun cubaan yang bakal mendatang.
Kalau kita tabah kita akan berdiri teguh walaupun kita dirempuh oleh ombak tersebut. Kalau kita goyang ataupun takut kita akan melarikan diri. Dan anak aku lari bila lihat ombak yang datang itu begitu besar dan laju, hehe. Mudah-mudahan apabila dewasa nanti dia tak berbuat begitu, melarikan diri dari cabaran.
No comments:
Post a Comment