Pengikut dan Ex-smgrian
Wednesday, August 5, 2009
Rahmat atau bala?
Korban jangkitan paru-paru meningkat di China
BEIJING: Seorang lagi penduduk bandar Ziketan, barat laut China, maut kerana jangkitan paru-paru menyebabkan pihak berkuasa menyekat laluan keluar dan masuk dari kawasan itu.
Kematian terbaru menjadikan dua orang maut, manakala 12 lagi disahkan dijangkiti penyakit paru-paru yang boleh membawa maut itu, lapor agensi berita rasmi, semalam.
Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di China memberitahu, ia menjalin hubungan rapat dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan dan langkah menyekat jangkitan dengan mengenakan kuarantin adalah wajar.
Lelaki yang maut kelmarin dikenali sebagai Danzin, 37, dari bandar Ziketan, wilayah Qinghai, lapor Xinhua.
Danzin adalah jiran kepada mangsa pertama, seorang gembala berusia 32 tahun. Kebanyakan orang lain yang dijangkiti adalah saudara mangsa pertama dan diasingkan untuk rawatan di hospital.
Bandar yang mempunyai 10,000 penduduk itu sudah ‘ditutup’ dan sepasukan pakar dihantar ke kawasan berkenaan.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan memberi amaran, sesiapa yang batuk atau demam selepas melawat Ziketan pada pertengahan Julai wajar mendapatkan rawatan di hospital.
Seorang peniaga dikenali sebagai Han, di Pasar Crystal Alley di Ziketan berkata, pihak berkuasa mengarahkan kediaman dan kedai dibersihkan dan penduduk wajar memakai topeng apabila keluar.
Katanya, 80 peratus kedai di bandar itu sudah ditutup dan harga bahan pembunuh kuman meningkat beberapa kali ganda.
“Orang ramai ketakutan. Tidak ramai berani keluar. Ada polis melakukan kawalan tetapi tidak di jalan raya,” kata Han.
Di Bangkok, Menteri Kesihatan Thailand, Witthaya Kaewparadai, meminta agensi kesihatan dan orang ramai berjaga-jaga dengan perkembangan di China, walaupun belum melarang warga negaranya mengunjungi negara itu.
Kali terakhir jangkitan paru-paru meletus di Thailand pada 1952.
Witthaya berkata, beliau mengarahkan Setiausaha Tetap kementerian itu menentukan sama ada penyakit itu tersebar dari udara, disebarkan oleh manusia atau sistem pernafasan. - Agensi
Berita dicuplilk dari akhbar Berita Harian 3 Ogos 2009
*Virus H1N1 masih belum meninggalkan kita, masih menghantui dan mengancam kita. Sudah ada wabak baru yang mahu menyaingi H1N1 nampaknya. Walaupun setakat ini wabak tersebut berada di China tidak mustahil ia akan ke mari. Dan kita masih lagi dengan perangai yang sama, berbalahan sesama sendiri, bermusuhan sesama sendiri. Alangkah baiknya sekiranya demonstrasi di ibu negara tempoh hari dijadikan perhimpunan mengadakan solat hajat beramai-ramai, memohon rahmat kepada Allah SWT agar dihindari daripada virus-virus yang sedang melanda ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment