Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, August 7, 2009

Lost World of Tambun



Pemandangan indah Lost World of Tambun (imej dari skyscrapercity.com)

Lost World of Tambun adalah taman tema air terbesar di Malaysia dan mempunyai tarikan yang hebat.

Taman tema air yang pertama di Ipoh ini merupakan cawangan kepada Sunway Lagoon yang terdapat di Bandar Sunway, Kuala Lumpur.

Namun berbeza dengan Sunway Lagoon, pemandangan sekeliling taman tema ini dilatari keindahan alam semulajadi dengan pemandangan hutan batu kapur yang indah, dipercayai berusia lebih 400 tahun.

Lost World of Tambun menyediakan pelbagai tarikan yang menarik antaranya adalah Waterfall Beach Garden, Water Park, Amusement Park, Tambun Hot Spring, Tiger Valley dan Nature Wonders.

Selain dapat bermain air meredah sungai buatan sepanjang 600 meter, 'perjalanan' selama 15 minit dalam air diiringi bunyi dan seni bina memukau seperti Istana Lama dan Kota Katak.

Sumber: Sinar Harian

No comments: