Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, August 10, 2009

Bukit Ungku Busu

Pemandangan dari puncak Bukit Ungku Busu (imej dari serimanjung.blogspot.com)

Bukit ini terletak di belakang Balai Polis Manjung di bandar Lumut iaitu lebih kurang lima minit dari stesen bas Lumut.

Nama bukit ini diambil sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang telah dijemput oleh Sultan Perak pada tahun 1840-an untuk menghapuskan lanun yang suka bersembunyi di kawasan Selat Dinding dan Sungai Dinding.

Raja Engku Busu merupakan orang yang telah membuka sebuah petempatan yang dikenali sebagai Tanah Merah.

Kini nama Tanah Merah telah ditukar kepada Lumut.

Lanun-lanun itu sentiasa meronda di kawasan pantai dari Johor hingga ke Kedah dan mengganggu kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris dan Acheh.

Bagaimanapun, Raja Engku Busu telah gagal dan terbunuh dalam misi tersebut.

Kini, bukit setinggi 331.4 meter itu sesuai untuk aktiviti yang mencabar seperti jungle trekking di mana pihak Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan trek untuk pengunjung sampai ke puncak bukit.

Pengunjung boleh menikmati pemandangan seluruh bandar Lumut yang indah di puncak bukit ini di samping menikmati udara yang segar.

Sumber: Sinar Harian

No comments: