Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, August 10, 2009
Rahsia Melalui Tulisan
Pertama: Tekanan
i. Tekanan yang kuat.
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Penulis tersebut merupakan seorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
ii. Tekanan yang ringan.
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan serta tidak berbekas. Penulis tersebut merupakan seorang yang kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.
Kedua: Bentuk tulisan.
i. Tulisan yang bulat-bulat.
Semua huruf ditulis dengan bulat. Penulis tersebut merupakan seorang yang emosional, prihatin, pengasih dan penyayang, kepekaan tinggi dan banyak menggunakan otak di sebelah kanan (kreatif).
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper.
Tulisan yang angular dan sharp. Penulis tersebut merupakan seorang yang rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak menggunakan otak di sebelah kiri (logical).
Ketiga: Kecondongan
i. Condong ke kanan.
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain, peramah, suka bergaul, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani dan pemurah.
ii. Condong ke kiri.
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tidak suka bergaul.
iii. Tegak.
Sistematik, mudah mengawal diri, suka berkawan namun tidak suka mencari kawan sebaliknya kawan yang akan mencarinya, tidak suka bergaduh dan suka mengambil jalan tengah.
iv. Campur-campur.
Emosi tidak tetap seperti remaja yang belum cukup umur atau seperti perempuan yang datang bulan.
Keempat: Kerapatan
i. Jarang-jarang
Tidak suka bergaul, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
Suka bergaul, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.
Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor besar, panjang dan sempurna. Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih dan penyayang, pemurah, mudah mengasihani orang lain, mempamerkan tahap kerajinan.
ii. Kecil, pendek dan tak sempurna. Tidak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tidak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun perasaan sayang itu banyak dalam dirinya.
Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi. Penulis tersebut menunjukkan tahap aspirasi tinggi.
ii. Rendah. Penulis tersebut seorang yang mudah berpuas hati dan bercita-cita rendah.
iii. Tengah-tengah. Usaha dan tahap pencapaian penulis tersebut di tahap sederhana.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment