Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, August 7, 2009

Maraton

Lukisan menunjukkan Phiddipides, askar Greek yang telah mencetuskan acara marathon menyerahkan pengisytiharan kemenangan Greek ke atas Persia sewaktu peperangan Marathon.

Sukan maraton merupakan sukan tertua dalam sejarah Olimpik purba. Acara maraton bermula pada tahun 490 Sebelum Masehi, apabila seorang askar Greek berlari membawa berita kemenangan dari medan peperangan Marathon ke Athens yang mana jaraknya sejauh 26 batu, iaitu bersamaan 41.8 kilometer.

Apabila sukan Olimpik moden bermula di Athens pada tahun 1896, maraton menjadi acara paling ditunggu-tunggu peserta dan peminatnya.

Seramai 17 atlet mengambil bahagian dalam acara tersebut. Acara ini dimenangi oleh seorang penggembala tempatan bernama Spiridin Louis, yang telah dihadiahkan sebutir pingat dan seekor kuda, serta sebuah kereta kuda untuk kampungnya.

Acara ini telah dimenangi oleh pelbagai bangsa di dunia serta mencetuskan beberapa kisah yang menarik. Misalnya, di sukan Olimpik London pada tahun 1908, peserta Itali, Dorando Pietri tiba di stadium dalam keadaan terhuyung-hayang dan terpaksa dipapah ke garisan penamat.

Kemenangan tersebut diisytiharkan sebagai tidak sah kerana beliau dibantu oleh orang lain.

Sumber: Sinar Harian

No comments: