Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, July 14, 2009
Perpustakaan Desa Gugusan Felda Besout
Perpustakaan Desa ini mula dibuka kepada orang ramai pada 2 Mei 1996. Ia dikendalikan seorang petugas iaitu Pembantu Perpustakaan, Norazian Mohd Ayob. Waktu perkhidmatan ialah Selasa hingga Sabtu dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang, manakala Ahad pula perpustakaan ini hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga jam 1 tengah hari. Perpustakaan ini ditutup pada hari Isnin.
Perpustakaan ini mempunyai 5,000 buku untuk pelbagai peringkat umur dan turut menyediakan lebih 30 majalah seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Pihak Perpustakaan juga menyediakan bahan bacaan seperti surat khabar. Perkhidmatan penggunaan komputer dan internet turut disediakan dengan percuma oleh kerajaan di bawah kendalian Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK, sekarang dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KeTTHA).
Perkhidmatan pinjaman buku disediakan untuk pengguna yang mendaftar sebagai ahli perpustakaan yang terbahagi kepada 3 peringkat ahli iaitu ahli kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pembayaran untuk pendaftaran keahlian berjumlah RM1.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment