Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, July 13, 2009
Lokasi Sukan di Ipoh
Terdapat satu kawasan yang luas iaitu di Kampung Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi (bola sepak) dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga Stadium Tertutup, iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA.
Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa, RM2 untuk cuti umum dan hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersaiz sederhana dan kolam untuk kanak-kanak.
Ipoh merupakan tuan rumah velodrom, iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan velodrom yang pertama di Malaysia di mana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Gill (sekarang Tan Sri Dato' seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di Malaysia yang mempunyai stadium astroturf untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan Shah.
Untuk golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf DiRaja Perak (sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary Golf Club.
Tempat bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama dan Padang Polo di Iskandar Polo Club, Ampang Baru.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment