Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, July 14, 2009
Sejarah sistem pengajian teknikal dan vokasional
Sejarah sistem pengajian teknikal dan vokasional negara bermula dengan penubuhan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur untuk melatih juruteknik Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya pada tahun 1906.
Sejak tarikh itu, pendidikan teknikal dan vokasional negara melalui beberapa fasa perubahan dan perkembangan deiring dengan kemajuan teknologi pada masa tersebut.
Pendidikan teknikal dan vokasional telah bermula seawal tahun 1926 dengan penubuhan Sekolah Ketukangan yang pertama dan berkembang seiring dengan kemajuan teknologi bagi memenuhi keperluan sumber tenaga kerja.
Objektif awal sekolah ini ditubuhkan adalah untuk melatih juruteknik bagi Jabatan Kerja Air, Jabatan Elektrik, Jabatan Kerja Raya dan juga Tentera Udara DiRaja.
Sekolah ini dikhaskan untuk melatih murid Melayu dari negeri Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Bagaimanapun murid bangsa lain juga diterima belajar di sini yang memakan masa selama tiga tahun.
Jumlah bilangan pelajar pada masa itu tidak lebih daripada 50 orang. Latihan yang diberi adalah Lukisan Teknik, Pertukangan Besi dan subjek akademik yang lain.
Beberapa tahun kemudian kursus mengenai radio, elektrik, ladung-meladung (plumbing) dan pertukangan kayu diperkenalkan.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment