Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, April 27, 2009

Panorama Perak - Sejarah Selama

Pekan Selama sekarang (imej dari lamaque.blogspot.com)

Kampong Selama atau Kampong Selamat dibuka oleh Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22 Januari 1870.

Abdul Karim berasal dari Sumatera dan sebelum ini dia bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian dia dinaikkan pangkat menjadi kerani dan pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut.

Abdul Karim yang bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut.

Permohonannya itu diperkenankan dan sebelum kedatangan Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 kilometer dari pekan Selama yang dikenal sebagai Kampong Sungai Bayor yang didiami orang Melayu Pattani.

Kemudian mereka berpindah ke Kampong Selamat selepas itu kampung tersebut ditukar nama kepada Kampong Selama.

Sumber: Sinar Harian

No comments: