Sejarah Larut bermula apabila Long Jaafar mempunyai seekor gajah yang bernama Larut dan gajah ini turut dibawa bersama ke Bukit Gantang dari Lubok Merbau.
Gajah ini telah hilang hampir tiga hari dan ketika ditemui gajah ini disaluti dengan lumpur yang keras. Akhirnya didapati lumpur itu adalah bijih timah.
Atas peristiwa ini daerah ini dinamakan Larut iaitu mengambil sempena nama gajah Long Jaafar. Akhirnya pada 1850, daerah Larut dikurniakan kepada Long Jaafar oleh Raja Muda Ngah Ali serta Orang Besar-besar Perak iaitu Temenggong, Panglima Bukit Gantang, Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Andika Raja.
Pada 1857, Long Jaafar digantikan oleh anaknya yang bernama Ngah Ibrahim. Sultan Jaafar Muazzam Shah telah memberi surat akuan kepada Ngah Ibrahim pada 24 Mei 1858 dan surat ini telah ditandatangani Sultan Jaafar, Raja Muda Ngah Ali dan Raja Bendahara Perak.
Semasa Ngah Ibrahim memerintah, orang Cina makin bertambah dan pada awal 1860 orang Cina telah menjadi dua kumpulan besar iaitu Go Kuan (ertinya lima daerah) dan Si Kuan (ertinya empat daerah).
Sumber: Sinar Harian, www.freewebs.com/kamunting/sejarah.
No comments:
Post a Comment