Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 28, 2009

Panorama Perak - Penempatan awal Kampar

Berdasarkan artikel Datuk Hashim Sam Abdul Latiff, penempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch sebagai Residen British di Perak kerana Ngah Jabor sebagai peneroka awal Kampar adalah seorang yang terlibat dalam pembunuhan itu, yang lain-lainnya termasuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Putum dan Pandak Indut.

Bagaimanapun Ngah Jabor terlepas dari sebarang hukuman apabila Raja Idris (Dris) yang kemudiannya menjadi Sultan Perak pada tahun 1887 menjadi Hakim mengadili orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch pada tahun 1876.

Raja Idris dan Ngah Johor mempunyai hubungan kekeluargaan sebagai saudara sesusu kerana semasa kecil Raja Idris disusui oleh ibu Ngah Jabor dan menjadi amalan biasa bagi keluarga Diraja menyusukan anaknya kepada orang lain terutama dari golongan orang-orang kenamaan.

Antara tahun 1876 sehingga 1896 kemungkinan Ngah Jabor menghilangkan diri untuk bertapa/menuntut ilmu bagi melengkapkan diri dan muncul kembali di kalangan umum dengan satu identiti yang baru sebagai Mohamad Jabor.

Kemungkinan pada masa menyepikan diri itu beliau telah membuka penempatan baru di Kampar untuk mengelakkan diri dari pengetahuan British.

Sumber: Sinar Harian

No comments: