Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 28, 2009

Panorama Perak - Lumut

Pemandangan di Jeti Lumut (imej dari www.malaysiabest.net)

Lumut merupakan sebuah bandar tepi laut yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka di negeri Perak.

Lokasi bandar ini bertentangan dengan Pulau Pangkor dan dikenali ramai sebagai pintu masuk ke pulau tersebut.

Sebuah pelabuhan atau pengkalan dibina di Lumut bagi kemudahan sesiapa yang ingin berkunjung ke Pulau Pangkor.

Bandar ini terletak kira-kira 84 kilometer ke selatan bandar raya Ipoh, ibu negeri Perak. Ia dahulunya dikenali sebagai 'Tanah Merah' dibuka oleh seorang anak raja dari Selangor bernama Raja Engku Busu pada abad ke-17.

Selepas beberapa tahun membuka Lumut atau Tanah Merah, baginda serta pengikutnya diserang lanun. Disebabkan serangan itu, Tanah Merah tinggal terbiar tidak didiami orang.

Walaupun makam baginda tidak diketahui lokasinya, tetapi namanya masih tinggal menjadi kenangan iaitu Bukit Engku Busu yang terletak di belakang bandar Lumut.

Bandar Lumut secara rasminya telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut pada 24 April 2009. Pengisytiharan pekan ini yang juga lokasi maritim strategik, antara lain menempatkan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disempurnakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sempena sambutan Jubli Intan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bersesuaian dengan sambutan Hari Ulang Tahun Pemerintahan baginda ke-25. Pelbagai acara diadakan antaranya pameran kerjaya dan ekspo maritim yang melibatkan agensi awam dan swasta serta institusi pengajian tinggi berkaitan dengan maritim.

Tempat menarik di Lumut.

> Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia yang dipindahkan dari Woodland, Singapura.

> Pantai Teluk Batik.

> Pusat membina kapal selam.

> Pusat membaiki kapal.

> Teluk Rubiah.

> Teluk Muroh.

> Marina Island Pangkor.

Senarai masjid di Lumut.

Masjid An-Nur
Pangkalan TLDM
32100 Lumut.

Masjid Khairul Jariah
Segari
32200 Lumut.

Masjid Al-Adly
Pekan Lumut
32200 Lumut.

Masjid Sultan Idris Shah II
Kampong Teluk Muroh
32200 Lumut.

Masjid Arfiah
Kampong Batu 3
Segari
32200 Lumut.

Sumber: Sinar Harian

No comments: