Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 29, 2009

Panorama Perak - Kampong Paya Lintah

Air terjun Batu Hampar, Kg. Paya Lintah (imej dari www.malfreemaps.com)

Kampong Paya Lintah terletak kira-kira 6 kilometer dari pekan Padang Rengas, Kuala Kangsar.

Dari segi geografi, kampung ini terletak dalam lingkungan Banjaran Bintang malah di celah-celah kawasan gunung batu iaitu Gunung Changkat Ponggeng dan air terjun Batu Hampar, Paya Lintah.

Tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini ialah kawasan perkelahan air terjun Batu Hampar Paya Lintah, bengkel pembuatan seramik labu Sayong Paya Lintah, Sungai Chempias - jajaran sungai di kampung ini dan dusun buah-buahan seperti durian, langsat, dokong dan lain-lain.

Kawasan Perkelahan Batu Hampar terletak di sebuah kawasan banjaran gunung yang dikenali Banjaran Bintang dalam daerah Kuala Kangsar.

Sumber: Sinar Harian

No comments: