Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 29, 2009

Panorama Perak - Lata Iskandar

Air terjun Lata Iskandar (imej dari pdttapah.perak.gov.my)

Lata Iskandar adalah kawasan rekreasi air terjun yang terletak di daerah Batang Padang dengan kehijauan alam semula jadinya yang mengagumkan.

Lokasinya di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands.

Air terjun ini sesuai menjadi tempat mandi keluarga kerana terdapat kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya. Di kaki kawasan air terjun ini, terdapa bazar-bazar kraf tangan yang menawarkan pelbagai hasil kraf tangan daripada Orang Asli.

Terdapat juga gerai menjual makanan dan minuman untuk kemudahan pengunjung yang mengunjungi kawasan air terjun ini.

Sumber: Sinar Harian, pdttapah.perak.gov.my

No comments: