Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 29, 2009

Selsema Babi

Gambarajah menunjukkan bagaimana selsema babi boleh tersebar.

Apakah selsema babi?

Ia sejenis virus yang disebarkan babi kepada manusia yang mempunyai kaitan lansung dengan haiwan tersebut. Virus berkenaan adalah campuran virus babi dengan virus manusia dan burung. Berbeza daripada selsema babi biasa, virus kali ini mampu merebak daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Pada tahun 1976 wabak selsema babi pernah dilaporkan di Fort Dix, New Jersey, Amerika Syarikat. Namun usaha mengatasi virus tersebut dihentikan selepas wabak itu hilang begitu sahaja.

Apakah simptom virus itu?

Sama seperti selsema biasa iaitu demam, batuk, sakit tekak, sakit anggota badan, sakit kepala, seram sejuk, keletihan, cirit birit dan muntah.

Bagaimana virus ini berjangkit?

Secara umum, virus ini merebak menerusi batuk atau bersin yang tidak dilindungi atau menerusi sentuhan pada mulut dan hidung dengan tangan tidak berbasuh. Virus selsema mampu hidup di atas tapak tangan selama beberapa jam.

Bagaimana melindungi diri?

Lakukan beberapa langkah praktikal seperti menggunakan tisu ketika batuk dan bersin dan elak menggunakan tangan untuk membuang hingus. Basuh tangan dengan kerap. Jika tiada sabun dan air, gantikan dengan gel tangan. Tinggal di rumah jika anda sakit dan jauhkan anak anda dari sekolah jika mereka sakit.

Apakah perlu memakai topeng muka?

Tiada bukti jelas menunjukkan topeng muka mampu membantu dalam penjagaan kesihatan ketika berada di luar. Adalah lebih selamat sekiranya anda mengelak berhubung secara rapat dengan seseorang yang sakit selain menghindari kawasan yang dipenuhi ramai orang.

Apakah selsema babi boleh dirawat?

Ya dengan ubat selsema Tamiflu dan Relenza.

Sumber: Sinar Harian

No comments: