Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, July 25, 2014

Langkah-langkah keselamatan sempena menyambut Aidilfitri


1. Pastikan keadaan rumah selamat untuk ditinggalkan dengan memastikan semua suis telah ditutup dan juga memastikan rumah berkunci dengan rapi.

2. Mengisi borang balik kampung yang telah disediakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi makluman pihak polis.

3. Memaklumkan kepada jiran dan membatalkan penghantaran surat khabar ke rumah.

4. Memeriksa kenderaan supaya dalam keadaan selamat untuk tempoh perjalanan yang jauh.

5. Membaca doa sebelum memulakan perjalanan.

6. Berehat sebentar sekiranya penat atau mengantuk juga mengikut peraturan lalu lintas.

7. Memandu secara berhemah dan sabar serta bertolak ansur dengan pengguna jalan raya. Hindarkan sikap negatif seperti terburu-buru, panas baran dan bertengkar dalam kenderaan.

8. Bersyukur setelah selamat sampai ke destinasi.

sumber: e-khutbah JAKIM

No comments: