Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, May 16, 2014

Teh panas galak kanser


Sama seperti kesan pengambilan ikan masin berlebihan, kekerapan mengambil teh yang mempunyai suhu sangat panas boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh apabila ia dikaitkan dengan pengaktifan sel kanser.

Satu kajian di Universiti Perubatan Saint, Tehran, Iran mendapati minuman yang diambil ketika masih panas itu mempunyai kaitan langsung dengan kanser nasofaring.

Kajian yang disiarkan dalam British Medical Journal (2012) itu mendapati bahawa mereka yang gemar minum teh panas berisiko dua kali ganda untuk menghidap kanser nasofaring.

Penyakit tersebut merupakan kanser yang berasal daripada sel epitel nasofaring yang terletak di belakang rongga hidung dan langit-langit rongga mulut.

Sehingga kini masih belum ada ubat yang boleh merawat penyakit kanser itu yang berada pada tangga keempat paling berbahaya selepas kanser payudara, kanser rahim dan kanser kulit itu.

-Kosmo!

No comments: