Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, May 23, 2014

Coklat mampu redakan batuk


Saintis banyak mendedahkan mengenai kelebihan coklat dalam mencegah penyakit kronik.

Namun, satu kajian yang dilakukan turut membuktikan bahawa coklat dapat meredakan batuk.

Sejenis bahan yang terkandung dalam coklat dikenali sebagai teobromin dikatakan memberi kesan dalam mengurangkan gejala batuk biasa dan kronik.

Kajian yang dilakukan di Institut Paru-Paru dan Jantung Kebangsaan di London itu menjelaskan bahawa bahan tersebut lebih efektif berbanding kodein iaitu sejenis ubat yang kerap digunakan dalam merawat masalah batuk.

Bagaimanapun, hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal British Thoracic Society's (2012) itu mendapati coklat tidak dapat menyembuhkan batuk kerana gejala itu kembali selepas beberapa ketika.

"Ini adalah ubat yang efektif. Begitupun, pengambilan coklat dalam tempoh yang lama dan kuantiti berlebihan tidak elok kerana memberi kesan kepada berat badan dan masalah kesihatan lain," kata pengkaji daripada Klinik Hull Cough, London, Alyn Morice.

-Kosmo!

No comments: