Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 22, 2014

Identiti Terengganu: Songket dan Batik

Kain songket Terengganu

Songket Terengganu merupakan satu seni fabrik yang terkenal dan menjadi impian peminat yang bercitarasa tinggi.

Songket tenunan tangan ini mempunyai kualiti dan identiti tersendiri.

Songket Terengganu mempunyai kehalusan tenunan yang bercirikan pelbagai motif seperti pucuk rebung, bunga raya, tapak manggis dan teratai.

Batik pelangi yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin, diperkenalkan oleh Che Minah Pelangi ketika pemerintahan Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin II (1793 - 1808)

Sejarah batik di Terengganu bermula sejak abad ke-18 Masihi lagi apabila Batik Minah Pelangi memulakan perniagaan di Terengganu.

Teknik pembuatan batik telah berkembang dengan pelbagai kaedah seperti terapan lilin, blok dan canting.

Corak yang halus dan menarik menjadikan batik Terengganu sebagai warisan yang mendapat tempat di hati peminat-peminat batik.

Sumber: internet

No comments: