Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, March 3, 2014

Telegram


Telegram ialah satu bentuk komunikasi yang menghantar dan menerima pesanan jarak jauh yang menggunakan kabel.

Perkhidmatan telegram diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1940-an.

Perkhidmatan telegram digunakan secara meluas oleh rakyat Malaysia pada ketika itu bagi menghantar pesanan termasuklah pesanan-pesanan segera.

Perkhidmatan telegram telah diberikan melalui bantuan operator menggunakan Kod Morse.

Pada waktu itu, perkhidmatan telegram ditawarkan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM).

Apabila jabatan tersebut diswastakan menjadi Syarikat Telekom Malaysia (STM) pada tahun 1987, perkhidmatan itu terus kekal di bawah seliaan STM hinggalah evolusinya kepada Telekom Malaysia Berhad (TM) pada hari ini.

Perkhidmatan telegram yang ditawarkan sebelum ini oleh TM mengguna pakai sistem Automatic Message Switching dan menggunakan sebuah teleprinter bagi menghantar, menerima dan mencetak pesanan-pesanan pelanggan.

Empat jenis perkhidmatan telegram yang ditawarkan seperti:

1) Telegram Domestik.

- Telegram Segera (pesanan dihantar menerusi Pos Malaysia dalam tempoh 24 jam.

- Telegram Biasa (pesanan dihantar menerusi Pos Malaysia dalam tempoh 1 hingga 2 hari).


2) Telegram Antarabangsa.


3) Telegram Ship to Shore dan Shore to Ship.

- Merujuk kepada telegram yang dihantar dari laut ke darat dan sebaliknya.


4) Telegram ucapan.

- Merujuk kepada penghantaran mesej ucapan misalnya ucapan tahniah, perayaan dan sebagainya.


Kadar harga bagi perkhidmatan telegram.

- Biasa

10 sen setiap patah perkataan.

Minimum: RM1


- Segera

20 sen setiap patah perkataan.

Minimum: RM2


- Shore to Ship dan Ship to Shore.

Caj telegram atas darat + 70 sen setiap patah perkataan.


Pos Malaysia bertanggungjawab memungut pesanan-pesanan yang dicetak dari Pusat Telegram TM di Kuala Pauh, Jalan Kuchai Lama, Selangor atau di premis TMPoint (dulu dikenali sebagai Kedai Telekom) terpilih di seluruh negara untuk dihantar kepada penerima pesanan tersebut.

Bagaimanapun, kemajuan teknologi menyebabkan perkhidmatan telegram tidak lagi relevan dan akhirnya TM mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan telegram atas beberapa faktor seperti ketiadaan bantuan sokongan teknikal bagi peralatan yang dimiliki selain wujudnya peranti-peranti serta saluran komunikasi baharu.

Lebih ramai orang menggunakan telefon talian tetap, telefon mudah alih, khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan aplikasi pesanan segera.

Perkhidmatan telegram ditamatkan secara rasmi pada 1 Julai 2012.

sumber: Artikel Telegram terpinggir dek kemajuan teknologi oleh Nurul Izza Rosly, Kosmo! 29 Oktober 2012.

No comments: