Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 7, 2014

Fakta masalah kesuburan


Empat negara gergasi ekonomi Asia iaitu Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan memiliki kadar kelahiran terendah di dunia.

50 peratus daripada wanita Asia bersetuju untuk hamil kerana desakan budaya, agama dan masyarakat.

Wanita yang memiliki berat badan lebih 13 kilogram daripada yang sepatutnya berkemungkinan tidak boleh hamil.

Kira-kira 69 peratus pasangan yang baru berkahwin di Malaysia tidak menyedari mereka dikategorikan sebagai tidak subur jika gagal mendapat anak setelah setahun berkahwin.

Pasangan di Malaysia terlalu fokus kepada pencapaian dalam kerjaya, kesihatan dan keinginan memiliki hubungan yang stabil sebelum memiliki anak.

Kajian yang dijalankan ke atas 1,000 orang wanita di 10 buah negara Asia mendapati mereka mengalami jurang pengetahuan yang tinggi tentang kesuburan, punca ketidaksuburan dan pilihan mendapatkan rawatan kesuburan.

36 peratus wanita Asia yang berumur dalam linkungan 40-an memiliki peluang tipis untuk hamil berbanding wanita berusia lingkungan 30-an.

sumber: Artikel Majoriti tidak subur oleh Nadia Shaiful Bahari, Kosmo! 23 November 2012, Kajian Starting Families Asia 2011-2012.

No comments: