Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, March 26, 2014

Maryam Jameelah

Gambar Maryam Jameelah sewaktu muda

Maryam Jameelah ialah seorang penulis beragama Islam yang terkenal.

Mualaf berbangsa Yahudi ini sangat kritis dengan karya-karyanya mengenai Islam sejagat.

Namanya sebelum memeluk Islam ialah Margaret Marcus, dilahirkan pada 23 Mei 1934 di New York, Amerika Syarikat.

Minatnya terhadap Islam telah lahir sejak beliau berusia 10 tahun lagi iaitu sewaktu mengikuti reformasi Yahudi Sunday School di Amerika Syarikat.

Pada usia 19 tahun, beliau mulai berminat mendalami serta mempelajari selok-belok agama-agama lain.

Sebelum itu, ketika berusia 17 tahun beliau telah menulis sebuah buku tentang kehidupan seorang pelarian Palestin bernama Ahmad Khalil.

Pada usia 20 tahun, beliau telah belajar di Universiti New York dan mempelajari tentang Judaism. Beliau telah membuat perbandingan antara agama Yahudi yang dipelajarinya dan juga agama Islam yang diminatinya.

Beliau mendapati agama Yahudi telah rosak, begitu juga dalam kajiannya terhadap Old Testament dan Kitab Taurat serta perbandingan dengan al-Quran dan hadis.

Setelah membaca dan mengkaji al-Quran, beliau mendapati Islam adalah satu-satunya agama kebenaran, benar-benar jujur, ikhlas, tidak membenarkan kompromi murahan atau hipokrasi.

Beliau memeluk agama Islam pada usia 27 tahun dan telah berhijrah ke Pakistan pada tahun 1962.

Beliau mengahwini Muhammad Yusuf Khan iaitu ketua Parti Islam Pakistan, Jamaat-e-Islami setelah bertemu dengan seorang ulama Islam terkenal Pakistan iaitu Abu Ala Maududi.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, Maryam telah dikurniakan lima orang cahaya mata.

Maryam Jameelah telah menulis lebih daripada 80 buah buku. Antara buku-bukunya yang terkenal ialah Ahmad Khalil, Islam Vs. the West, Islam and Modernism, Islam in Theory and Practice, Islam vs. Ahl al-Kitab Past and Present, Islam and Orientalism, Western Civilization Condemned by Itself, Correspondence Between Maulana Maudoodi and Maryum Jameelah, Islam and Western Society, A Manifesto of the Islamic Movement, Is Western Civilization Universal?, Who is Maudoodi?, Why I Embraced Islam, Islam and the Muslim Woman Today, Islam and Social Habits, Islamic Culture in Theory and Practice, Three Great Islamic Movements in the Arab World of the Recent Past, Shaikh Hasan al-Banna and Ikhwan al-Muslimun, A Great Islamic Movement in Turkey, Two Mujahidin of the Recent Past and Their Struggle for Freedom Against Foreign Rule, The Generation Gap Its Causes and Consequences, Westernizatiop Vs. Muslims, Westernization and Human Welfare, Modern Technology and the Dehumanization of Man, Islam and Modern Man.

Maryam Jameelah meninggal dunia pada 31 Oktober 2012 di Lahore, Pakistan ketika berusia 78 tahun.

Perjalanan hidup Maryam Jameelah daripada seorang gadis yang dilahirkan dalam kalangan Yahudi sekular kepada seorang Islam telah dicatatkan oleh Deborah Baker di dalam bukunya yang berjudul The Convert: A Tale of Exile and Extremism.

sumber: Artikel Sarjana Islam berketurunan Yahudi meninggal dunia oleh Ibrahim Abdullah, Mega Agama, Utusan Malaysia 14 November 2012, wikipedia.

No comments: