Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, February 7, 2014

Ucapan Tun Dr. Ismail di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


"Saya berucap pada hari ini dalam sebesar-besarnya perhimpunan agung pelbagai bangsa ini sebagai wakil sebuah negara kecil yang mempunyai 6 juta rakyat saja dalam suatu wilayah yang besar cuma 50,000 batu persegi."

"Kami di Malaya mempunyai tiga kaum utama: orang Melayu, Cina dan India, yang hidup bersama generasi demi generasi dengan aman damai dan harmoni. Perbezaan agama dan latar belakang-budaya, perbezaan status ekonomi dan sosial tidakpun menjadi rintangan untuk mewujudkan perpaduan nasional ketiga kaum itu."

"Keinginan utama kami ialah mempunyai hak dan tuah untuk hidup sebagai bangsa yang merdeka dan bersatu-padu di kalangan bangsa-bangsa yang bebas di seluruh dunia. Pencapaian cita-cita itu melalui cara-cara aman, damai dan berperlembagaan, melalui rundingan-rundingan persahabatan dan semangat kompromi adalah hasil keteguhan moral semulajadi ketiga kaum itu yang hidup di Malaya di waktu itu."


Itu adalah kata-kata yang ditegaskan oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 1970 sehingga 1973.

Kata-kata itu diungkapkan sewaktu Allahyarham menjadi diplomat pertama Malaya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 17 September 1957. Malaya menjadi ahli Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-82.

Allahyarham Tun Dr. Ismail juga merupakan Duta Besar Malaya yang pertama ke Amerika Syarikat.

sumber: Artikel Mengimbas jasa Tun Dr. Ismail tulisan Tan Sri Mazlan Nordin, Utusan Malaysia 8 Februari 2009.

No comments: