Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, October 24, 2013

Sindrom Tidur Berapnea (STB)


Sindrom Tidur Berapnea (STB) ialah sejenis penyakit yang boleh menyebabkan kematian mengejut kerana saluran pernafasan tersumbat semasa tidur.

Menurut Pensyarah di Jabatan Otorinolaringologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Abdullah Sani Mohamed, STB menjadi pembunuh senyap kerana penyakit tersebut tidak dapat dikesan atau dibuktikan melalui ujian saintifik.

Pesakit kebiasaannya akan tercekik semasa bernafas dan menyebabkan bekalan oksigen menjadi kurang.

Ini seterusnya akan menyebabkan jantung gagal untuk berfungsi sehingga mengakibatkan pesakit mati dalam masa lima hingga tujuh minit sahaja dan penyebab kematian sering dirujuk sebagai kegagalan jantung.

Antara simptom utama penghidap STB adalah berdengkur dengan kuat sehingga boleh menganggu tidur orang lain dan ia berlaku disebabkan oleh saluran pernafasan yang sempit sehingga terdapat kes saluran tersebut tertutup.

Pesakit yang menghidap obesiti merupakan golongan yang paling berisiko menghidap STB terutamanya bagi yang mempunyai lemak berlebihan pada leher.

Lemak berlebihan pada leher akan beri tekanan pada saluran darah yang kemudiannya mengakibatkan penyempitan saluran pernafasan.

sumber: Artikel Pesakit STB boleh mati mengejut tulisan Nor Syariza Muhd. Tahir, Kosmo! 13 April 2013

No comments: