Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, October 16, 2013

Placental abruption


Placental abruption ialah keadaan uri terpisah secara separa atau sepenuhnya daripada dinding rahim.

Ia berlaku apabila terdapat pendarahan antara uri dan dinding rahim.

Placental abruption merupakan masalah serius kepada ibu dan bayi kerana kemasukan oksigen dan nutrien kepada janin terhalang.

Faktor berisiko seperti merokok, pengambilan kokain semasa hamil, usia ibu melebihi 35 tahun, mempunyai tekanan darah tinggi, kehamilan kembar, pernah mengalaminya dalam kehamilan lepas dan ketidaknormalan pada rahim.

Dianggarkan berlaku satu kejadian dalam 15o kehamilan.

Beberapa langkah awal dapat membantu seperti imbasan ultrasound, mengenalpasti simptom, ujian darah dan pengawasan janin.

Amaran seks ketika hamil

Wanita yang pernah melalui pengalaman pendarahan teruk ketika hamil dinasihati untuk mengelakkan seks bagi menghindari jangkitan pada bayi terutamanya ketika air ketuban pecah.

Wanita yang mempunyai sejarah pangkal rahim lemah, pernah mengalami keguguran atau pendarahan perlu mendapat nasihat doktor atau pakar perbidanan terlebih dahulu.

Jangan melakukan seks selepas air ketuban pecah.

-Kosmo!

No comments: