Pengertian pertunangan
Peminangan ialah pernyataan atau permintaan daripada seorang lelaki kepada pihak perempuan untuk mengahwininya baik dilakukan olehnya sendiri ataupun dengan perantaraan pihak-pihak tertentu yang dipercayai ataupun dengan perantaraan pihak-pihak tertentu yang dipercayai ataupun keluarganya sesuai dengan kehendak Islam.
Tujuan pertunangan
- Persetujuan mengikut janji untuk perkahwinan
- Untuk menghebahkan kepada masyarakat sekeliling
- Supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara keluarga kedua belah pihak
- Hendak melahirkan sikap jimat cermat dan membentuk ciri-ciri kejujuran serta keyakinan diri
- Untuk menentukan kadar mahar (mas kahwin) dan lain-lain pemberian
- Untuk menentukan tarikh, tempat dan hari perkahwinan yang dipersetujui
- Persediaan mempelajari hukum perkahwinan sebelum mendirikan rumahtangga
Cara meminang
- Memulai majlis meminang dengan bertahmid
- Sendiri atau melalui orang lain, jika ada waris keluarga lebih baik supaya mereka yang bertandang untuk meminang
- Pemberian sebagai adat tanda jadi ikatan pertunangan boleh diterima asal tidak bercanggah dengan prinsip Islam
- Bersetuju menerima pinangan di antara kedua belah pihak dengan janji tertentu dan tidak memakan masa yang lama
- Wakil yang adil menyampaikan hajat pinang mengikut adat kelaziman negara itu sama ada melalui sarih (jelas) atau kinayah (maksud tersirat)
- Segala persetujuan hendaklah disaksikan atau ditulis
Hukum mengadakan walimatulurus
Imam Syafie menghukumkan mengadakan majlis perkahwinan adalah sunat.
Siapakah yang digalakkan mengadakan walimatulurus?
Walimatulurus dilaksanakan dan diselenggarakan oleh suami. Ini adalah sebagaimana perbuatan Rasulullah SAW sendiri dan turut dicontohi oleh para sahabat-sahabatnya yang lain.
Waktu walimatulurus
Imam al-Mawardi daripada Mazhab Syafie menjelaskan bahawa waktunya adalah setelah selesai akad pernikahan dan setelah kedua pasangan bersama.
Hukum menghadiri walimatulurus
Hukum menghadiri undangan walimatulurus adalah wajib. Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa beliau berkata Rasulullah bersabda:
"Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya."
Walaupun begitu, undangan ke majlis walimah boleh ditinggalkan sekiranya memiliki keuzuran.
Amalan sunat menghadiri walimah
- Mendoakan pengantin
- Disunnahkan memberi hadiah dan membantu melaksana walimah
- Menjamu makanan disediakan
- Memeriahkan pengantin dengan ucapan tahniah
- Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment