Pengikut dan Ex-smgrian
Friday, September 20, 2013
Pinggan jadi rumah kuman
Secara purata, terdapat lebih daripada 150 jenis bakteria di tapak tangan manusia.
Bakteria tersebut boleh dikategori sebagai bakteria berbahaya, tidak berbahaya dan bakteria yang memberi manfaat.
Semua bakteria ini memungkinkan keracunan makanan.
Warga emas dan kanak-kanak adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat keracunan makanan.
Sistem imunisasi yang lemah tidak mampu melawan bakteria seperti salmonella dan e-coli iaitu penyebab lazim keracunan tersebut.
Keracunan makanan juga boleh berpunca daripada penyucian pinggan yang tidak bersih dan bakteria yang membiak di permukaan pinggan yang calar.
Pinggan tidak tercalar yang dibilas dengan air sabun sahaja mengandungi bakteria minimum sebanyak 7.4 juta manakala cucian bersama penyental tanpa calar atau penyental lembut mampu melenyapkan bakteria yang ada.
Tahap kesedaran masih rendah dalam kalangan para pengguna Malaysia berkenaan jenis penyental yang sepatutnya digunakan.
Pinggan yang rosak dan retak terdedah kepada berjuta bakteria yang tidak mungkin dapat dihilangkan dengan penggunaan penyental serba guna sahaja.
Ramai suri rumah yang menggunakan satu penyental sahaja atau penyental yang sama untuk mencuci pinggan dan permukaan peralatan dapur yang berbeza.
-Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment