Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, September 24, 2013

Cara mudah kekal aktif



Bagi memastikan anda tidak terjebak dalam corak hidup sedentari (lebih banyak duduk dan tidak melakukan aktiviti fizikal), berikut disediakan beberapa garis panduan kesihatan untuk dicuba:

Berusaha untuk aktif

Fikirkan diri anda sebagai seorang yang aktif. Adakah orang yang aktif akan menggunakan tangga atau lif? Adakah orang yang aktif akan mengupah orang untuk menyapu sampah atau melakukannya sendiri? Apabila anda mempunyai pilihan, pilih sesuatu yang akan membuatkan anda aktif.


Bangun awal pagi

Kajian yang disiarkan dalam British Journal of Nutrition pada Januari 2013 mendapati lelaki yang melakukan senaman sebagai perkara pertama selepas bangun daripada tidur sebelum mengambil sarapan membakar lebih 20 peratus lemak badan berbanding mereka yang senaman selepas sarapan.


Senaman segera

Tidak dinafikan anda akan menempuh hari-hari yang membuatkan anda terpaksa duduk melakukan kerja di komputer di pejabat dan tidak bergerak aktif. Apabila perkara tersebut berlaku, berhenti sebentar daripada melakukan kerja dan cuma buat senaman ringkas yang cepat. Mungkin anda boleh cuba melakukan lompat bintang atau tekan tubi bagi meningkatkan kadar denyutan jantung untuk seminit dua. Cara ini dinamakan quick bursts exercise.


Rutin senaman dalam diari

Bukan mudah untuk mengekalkan gaya hidup aktif secara berterusan kerana pada suatu ketika anda mungkin kembali kepada tabiat lama. Jadi, bagi memastikan anda melakukan pergerakan yang cukup setiap hari, rangka aktiviti tersebut dalam jurnal diari anda. Tidak perlu menyediakan akaun teknikal seperti berapa banyak kalori yang anda telah bakar, cukup sekadar menulis 'peringatan' bahawa anda perlu melakukan senaman selama 30 minit sehari. Selepas sebulan atau dua bulan berbuat demikian, menjadi aktif dan bersenam akan sebati dalam diri anda.

-Kosmo!, www.myhealthnewsdaily.com

No comments: