Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, August 12, 2013

Masalah bau badan


Terdapat dua jenis kelenjar yang menghasilkan peluh iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin.

Kelenjar ekrin bertanggungjawab menghasilkan air peluh kerana ia bersambung terus hingga ke permukaan kulit.

Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan kumuhan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Kelenjar apokrin pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak daripada peluh yang dirembeskan kelenjar ekrin.

Kelenjar apokrin ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak dan kemaluan. Kelenjar itu mengandungi sebum iaitu rembesan berlemak yang mengawal dan melicinkan rambut, bulu, serta kulit.

Bakteria mudah memecah masuk ke dalam protein yang terdapat pada kelenjar apokrin, menyebabkan ketiak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Individu yang gemar memakan daging, telur, ikan dan kekacang dalam kuantiti yang banyak selalunya mempunyai bau badan yang busuk.

Kesemua makanan itu mengandungi kolina yang tidak mudah dihadam melalui proses metabolisme.

Minum kopi atau minuman berkafein serta mengambil makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih dengan kerap juga menjadi punca bau ketiak.

Selain itu, punca bau badan itu disebabkan masalah ginjal, hati, hipoglisemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, diabetes dan tiroid.

Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak mempunyai masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang menjengkelkan.

Majoriti individu yang mengalami masalah ketiak berbau berumur 15 hingga 18 tahun.

Ini disebabkan oleh gaya hidup mereka yang aktif tetapi jarang mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar.

Bilangan individu yang menghadapi masalah ini juga kecil kerana terdapat rawatan bagi mengatasinya.

Cara merawat masalah bau ketiak ialah dengan menggunakan cecair pencuci yang mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur antipeluh.

Jika masalah itu terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar apokrin pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botoks.

Ramai penghidap gemar memilih botoks. Berbanding laser, botoks lebih dipercayai pengguna kerana suntikan botoks boleh diambil setiap lima bulan sekali berbanding laser yang hanya dibuat sekali sahaja.

sumber: Artikel Botoks hilangkan bau ketiak oleh Megat Lutfi Megat Rahim, Kosmo! 17 Jun 2012.

No comments: