Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, August 30, 2013

Haruman pewangi tingkatkan stres


Kebanyakan orang tidak mempunyai masalah wangi rakan sekerja, pewangi kenderaan atau bau rokok yang melekat pada pakaian terutamanya jika berada di pejabat.

Namun, bagi sesetengah orang, kepelbagaian aroma yang bercampur baur adalah satu bentuk gangguan yang boleh memberi tekanan.

Menurut kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal perubatan keluarga The Annals, sebenarnya ramai orang yang sensitif dengan bauan yang menusuk hidung dan tertekan kerananya.

"Tahap kimia yang rendah menjadikan ramai orang berasa sensitif dengan bauan yang bukan berasaskan semula jadi," kata pensyarah di Pusat Sains Kesihatan, Universiti Texas, Amerika Syarikat, Prof. Dr. David Katerndhal.

Sementara itu, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pengeluaran kimia di seluruh dunia meningkat hingga empat peratus setahun.

"Dianggarkan dua peratus manusia menderita gara-gara bauan yang terhasil daripada kimia pewangi. Menurut pemerhatian saya, seramai 10 peratus daripada 400 responden dewasa tertekan dengan bauan yang terhasil daripada bahan pewangi kimia.

"Dalam kes yang lebih berat, selain mengalami tekanan, mereka juga cenderung untuk mendapat gangguan lain seperti bronkitis, asma, radang paru-paru, resdung, hipertiroid dan migrain.

"Begitupun, sehingga kini, penyelidik masih lagi belum mengenal pasti kelompok kimia manakah yang paling kerap mengganggu keselesaan orang ramai.

"Sebagai pengguna, jika anda berasa tidak selesa dengan bau pewangi di sekitar anda, segeralah beredar untuk menyedut udara yang lebih menyegarkan," katanya.

EKSTRA: Kandungan nikotin dalam rokok sememangnya boleh memberi kesan tenang kepada penghisapnya. Ketika rokok dihisap, nikotin bekerja seolah-oleh memberikan rasa relaks dan nyaman. Tidak hairanlah ramai yang menyimpan keinginan untuk sentiasa merokok.

Namun, tahukah anda, kebiasaan merokok sehingga 20 batang rokok sehari boleh memberi risiko pendarahan otak sehingga tiga kali ganda kepada perokok?

Menurut satu kajian di Korea Selatan, penyelidikan terhadap 426 kes pendarahan otak antara tahun 2002 hingga 2004, majoritinya berpunca daripada tabiat merokok.

-Kosmo!

No comments: