Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 31, 2013

Rokok membawa maut


Pada tahun 2012, Kementerian Kesihatan Malaysia bercadang mengurangkan kandungan nikotin di dalam sebatang rokok sebanyak 50 peratus bagi mengekang ketagihan merokok di kalangan rakyat Malaysia.

Lebih 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia akibat merokok.

Sebanyak 30 peratus daripadanya disebabkan oleh 10 jenis kanser iaitu kanser paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, pangkal rahim, usus dan perut.

50 peratus yang lain pula mati disebabkan penyakit jantung dan 20 peratus lagi disebabkan oleh strok.

Dalam masa setahun, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung, kanser dan penyakit COPD (sekatan pulmonari kronik).

Laporan daripada Yayasan Paru-Paru Dunia (WLF), kematian yang disebabkan tabiat merokok melonjak hampir tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Jika ia berlanjutan, satu bilion nyawa manusia akan hilang pada abad ini akibat merokok.

Kajian antarabangsa yang dimuatkan dalam laman www.tobaccoatlas.com mendedahkan, tembakau telah meragut nyawa 50 juta orang dalam 10 tahun terakhir.

15 peratus daripada seluruh kematian yang melibatkan lelaki di dunia disebabkan oleh merokok manakala 7 peratus daripada kematian wanita turut disebabkan oleh merokok.

Lebih 1.2 juta rakyat negara China meninggal dunia setiap tahun dan dijangka akan meningkat kepada 3.5 juta menjelang 2030.

38 peratus kematian dalam kalangan lelaki di Turki pula adalah disebabkan merokok.

Menurut Pengarah Institut Kesihatan Awam Universiti Georgia, Amerika Syarikat, Dr. Michael Eriksen, gejala merokok dalam kalangan rakyat di negara maju semakin menurun manakala di negara miskin pula ia semakin meningkat.

Ironinya, bagi negara maju seperti Amerika Syarikat, rokok menjadi pembunuh utama kaum wanita.

sumber: Artikel 50 juta perokok mati dalam sedekad oleh Siti Nor Afzan Kasiman, Kosmo! 25 Mac 2012.

No comments: