Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, July 4, 2013

Palestin


Palestin merujuk kepada bahagian barat daya Syam terletak di persisiran Laut Mediterranean di Asia Barat.

Ia merupakan bulatan penyambung antara Asia dan Afrika serta berhampiran Eropah.

Keluasan Palestin yang diiktiraf mencecah 27,000 kilometer persegi.

Palestin menikmati cuaca iklim laut Mediterranean.

Bumi Palestin merupakan kota tamadun tertua di dunia iaitu menyaksikan penempatan manusia dan pertanian 9,000 tahun sebelum Masihi.

Palestin adalah bumi yang sentiasa menjadi rebutan dalam sejarah ketamadunan dunia ketika di bawah pemerintahan Firaun serta berada di bawah kekuasaan Kristian Romawi (65 Sebelum Masihi - 638 Masihi).

Rasulullah SAW merupakan perintis dalam memulakan perjuangan membuka Palestin. Antaranya, Baginda menghantar para sahabat menyertai peperangan Mu'tah pada tahun 630 Masihi, tahun berikutnya Peperangan Tabuk dan menghantar Usamah Ibni Zaid ke medan pertempuran Ubna iaitu berdekatan Palestin.

Perjuangan itu diteruskan oleh sahabat Baginda, Abu Bakar as Siddiq.

Umar al-Khattab berjaya membuka Palestin pada tahun 638 Masihi dan bermulalah era pemerintahan Islam di Palestin.

Peperangan Yarmouk merupakan pertempuran yang berlaku antara tentera Islam dan tentera Rom di Jordan. Ketika itu, 41,000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al-Walid berjaya menewaskan 70,000 tentera Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri.

Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang umat Islam menguasai Baitulmuqaddis dengan menaiki unta bagi menemui pembesar-pembesar Rom bagi menguruskan penyerahan kunci Kota Baitulmuqaddis sekali gus kota tersebut berada di bawah penguasaan Islam tanpa berlakunya pertumpahan darah.

Setelah lama di bawah pengaruh Islam berlaku tragedi pada tahun 1,099 Masihi apabila Palestin jatuh ke tangan tentera Salib.

Tentera Salib merupakan kempen ketenteraan yang dibentuk oleh gabungan negara-negara Eropah selama dua abad ke atas umat Islam dengan objektif menguasai Palestin dan sekitarnya selain menghalang perkembangan Islam di seluruh dunia.

Gabungan tentera Salib ini berjaya menakluk Baitulmuqaddis dan Palestin daripada kerajaan Abbasiyah yang telah mengorbankan tidak kurang 70,000 orang Islam.

Usaha pembebasan semula negara-negara Islam termasuk Palestin telah dimulakan oleh Imadudin Zinki, pemerintah wilayah Islam merangkumi Iran, Kurdistan dan Syria.

Beliau merupakan panglima perang yang berpegang kuat kepada ajaran Islam dan telah membangkitkan seruan jihad menentang tentera Salib.

Beliau mati dibunuh pada 541 Hijrah oleh golongan pengkhianat dan digantikan anaknya Nuruddin Mahmoud Zanki. Sejak itu, makin ramai tokoh Islam berjuang membebaskan Palestin termasuk Solahuddin al-Ayyubi.

Solahuddin adalah tokoh yang telah berjaya berhadapan dengan tipu daya musuh dan telah menghafal al-Quran sejak kecil serta menguasai ilmu fiqah.

Beliau dilahirkan pada 532 Hijrah, dilantik menjadi menteri di Mesir sejak berusia 32 tahun dan meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Semasa pemerintahan Solahuddin al-Ayyubi, beberapa wilayah Islam dapat disatukan termasuk membebaskan Masjid al-Aqsa pada 15 Oktober 1187 (27 Rejab 583 Hijrah).

Orang Yahudi kemudian telah mewujudkan sejenis doktrin atau gerakan yang dikenali sebagai Zionis.

Pelbagai kezaliman telah dilakukan gerakan ini khususnya kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis bercita-cita tinggi untuk menjadikan seluruh manusia sebagai hamba mereka.

Zionis ialah sebuah gerakan politik kaum Yahudi yang tersebar di seluruh dunia dan berhasrat kembali ke Zion, sebuah bukit di kota Yerusalem, Palestin.

Apabila wujudnya negara Israel pada 15 Mei 1948, tujuan Zionis berubah menjadi pembela negara baharu ini selain berusaha mewujudkan Israel Raya (negara merangkumi Sungai Nil di Mesir dan Sungai Furat di Iraq.

Zionis mempunyai kekuatan kewangan melalui bank-bank yang ditubuhkan. Mereka menjadikan sistem riba dan media massa sebagai alat untuk mencapai impian Yahudi.

sumber asal: Artikel Palestin Menjadi Bumi Rebutan oleh Nasri Jamaluddin, Kosmo! 2 Oktober 2012, Dr. Zainur Rashid Zainuddin, Mejar Nadzri Musman.

No comments: