Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 3, 2013

Langkah-langkah menjaga kaki


Periksa kaki anda setiap hari terutamanya selepas mandi.

Lapor segera kepada doktor sekiranya terdapat tanda-tanda seperti rekahan pada kulit, luka, calar, melepuh, kudis, bisul, bengkak, perubahan warna atau kebas yang berpanjangan.

Cuci kaki anda setiap hari dengan sabun dan air suam. Jangan guna air panas.

Lap dan keringkan kaki terutamanya di celah-celah jari. Guna tuala yang lembut untuk lap dan jangan gosok.

Pastikan kulit sentiasa lembap dengan menggunakan krim atau losyen terutamanya pada bahagian tumit. Elak sapu losyen di celah-celah jari.

Jika kulit kaki tercedera atau luka, bersihkan dengan sabun dan air. Jika luka lambat sembuh dan anda tanda-tanda jangkitan kuman seperti bengkak, sila jumpa doktor dengan segera.

Potong kuku anda secara lurus pada jari kaki, elakkan memotong secara membulat untuk mengelakkan isi tumbuh di tepi kuku. Lapor kepada doktor anda jika kuku terlalu tebal dan keras untuk dipotong.

Kikirkan kuku untuk mengelakkan tepi kuku yang tajam. Jika kaki anda berpeluh dan lembap, pastikan ia kering sebelum memakai sarung kaki dan kasut.

-Kosmo!

No comments: