Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 17, 2013

Kelebihan ubat tradisional cina

Chinese Angelica Root

Radix Angelica Sinensis

Keistimewaan perubatan tradisional cina ialah kepercayaan kepada konsep kesinambungan tenaga Yin dan Yang dalam tubuh.

Yin mewakili elemen feminin dan bersifat pasif manakala Yang pula maskulin, terang dan bersifat aktif.

Sekiranya keharmonian tenaga ini dapat dicapai, individu dikatakan akan dapat memiliki kesihatan yang baik.

Kehebatan ginseng juga dikenali sebagai 'Herba Ajaib Dari Timur', dikaitkan dengan khasiatnya membantu mengekalkan tenaga dan menstabilkan tahap fisiologi tubuh.

Dang Gui yang merangkumi campuran herba dan akar termasuk Chinese Angelica Root atau Radix Angelica Sinensis, satu lagi herba Cina yang popular.

Herba ini dipercayai dapat membantu pengaliran darah selain menyeimbangkan kitaran haid.

sumber: Artikel Herba Hebat tulisan Nor Affizar Ibrahim, Berita Harian 11 Oktober 2012.

No comments: