Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, May 30, 2013

Punch Gunalan


Punch Gunalan dilahirkan pada 2 April 1944 di Sepang, Selangor.

Gunalan merupakan antara pemain badminton yang paling berbakat dalam acara perseorangan dan beregu yang pernah dilahirkan di negara ini apabila menyumbang beberapa butir pingat untuk negara pada beberapa kejohanan badminton antarabangsa.

Penglibatan cemerlang Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran (1961 - 1963).

Subangan terbesar beliau ialah pernah muncul juara pada kejohanan badminton berprestij All England dalam acara beregu lelaki bersama pasangannya, Ng Boon Bee pada tahun 1971.

Sebelum itu, pada 1970, Gunalan dan Boon Bee mencipta sejarah memenangi pingat emas pertama Komanwel untuk Malaysia di Edinburgh, Scotland.

Gunalan dan Boon Bee meraih pingat emas Sukan Asia di Bangkok, Thailand dalam acara beregu pada tahun yang sama iaitu 1970, selain memenangi emas dalam acara perseorangan lelaki di temasya sukan tersebut.

Pada 1974, beliau cemerlang sekali lagi pada Sukan Komanwel Christchurch, New Zealand apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa acara beregu.

Gunalan juga pernah mewakili skuad Piala Thomas pada 1970 dan sekali lagi pada 1973.

Beliau juga pernah dianugerahkan Olehragawan Negara pada 1969 dan 1974.

Selepas berhenti bermain, Gunalan bergiat aktif sebagai jurulatih kebangsaan dan berjaya membimbing skuad kebangsaan meraih kejayaan pada Kejohanan Piala Thomas di Kuala Lumpur pada 1992.

Antara anak didik Gunalan yang terkemuka ialah Rashid Sidek, Razif Sidek dan Foo Kok Keong.

Gunalan juga pernah diberi pengiktirafan mewakili Malaysia menerima baton Sukan Komanwel dari Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London pada 1998.

Punch Gunalan menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 6.20 pagi, 15 Ogos 2012 di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya ketika berusia 68 tahun.

-Kosmo!

No comments: