Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, May 31, 2013

Langkah-langkah yang perlu dilakukan orang ramai apabila menggunakan khidmat ejen bank


Perkara yang perlu dilakukan:

1. Periksa pengesahan ejen
    • Ejen-ejen berdaftar akan mempamerkan logo kebangsaan ejen perbankan dan institusi kewangan yang diwakili.
    • Mendapatkan maklumat di laman sesawang atau talian panggilan institusi kewangan.
    • Menghubungi BNMTELELINK di nombor 1300-88-5465.
    2. Memastikan menerima resit yang hanya dikeluarkan oleh mesin untuk kesemua transaksi dan menyimpan resit itu sebagai bukti transaksi.

    3. Periksa resit bagi memastikan amaun resit bersamaan dengan transaksi sebenar.

    4. Hubungi bank secara terus untuk sebarang pertanyaan atau menyuarakan rungutan terhadap ejen terlibat.


    Perkara yang tidak patut dilakukan:

    1. Memberikan kad mesin juruwang automatik (ATM), berkongsi nombor PIN atau berkongsi baki akaun dengan ejen bank.

    2. Melaksanakan transaksi di luar premis perniagaan ejen.

    3. Melaksanakan transaksi apabila sistem tergendala dan jika mesin terlibat tidak mampu mengeluarkan resit.

    4. Menerima resit manual yang dikeluarkan ejen.

    5. Membenarkan ejen menyimpan resit salinan pelanggan.

    -Kosmo!, Bank Negara Malaysia

    No comments: