Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 25, 2013

Tujuh insan contoh dan perangi pemimpin maksiat


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari Kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
  • Pemerintah yang adil
  • Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya
  • Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
  • Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah
  • Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"
  • Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
  • Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. 

-Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah R.A., daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya Baginda bersabda:

"Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syarak) dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syarak). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang reda dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW: "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat." - Hadis Riwayat Muslim.

*Kredit foto: Jain Mahmud

-Utusan Malaysia

No comments: