Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, April 23, 2013
Tip kekalkan hubungan cinta
Kata orang untuk mempertahankan hubungan cinta jauh lebih sukar daripada mencari pasangan kekasih. Setelah mengharungi semua halangan dan dugaan, sudah pasti anda inginkan hubungan yang berterusan.
Beberapa tip penting yang boleh diikuti untuk mengukuhkan ikatan cinta yang berkekalan.
Tip 1: Tiga kata ajaib.
Mungkin ini adalah kata-kata yang boleh diucapkan selama-lamanya. Sebaiknya, anda tidak perlu menanti si dia mengucapkan perkataan "I love you". Ini kerana, anda sendiri sudah mendengar luahan cintanya melalui sikap dan tingkah lakunya.
Tip 2: Hayati hubungan anda.
Walaupun si dia sudah lama berada dalam genggaman tangan, anda masih perlu menghayati hubungan cinta ini sehinggalah anda dan pasangan benar-benar serasi dan selamat.
Tip 3: Teruskan kehidupan normal.
Jika sebelum anda bersama si dia, anda begitu aktif melakukan aktiviti luar misalnya bersukan, maka teruskan aktiviti riadah itu. Perlu diingatkan, anda tidak perlu mengubah gaya hidup normal semata-mata kerana cinta si dia. Pasti, anda perlu berbincang mengenai rutin harian anda dengan si dia.
Tip 4: Jangan terlalu romantik.
Romantis adalah satu perkara yang indah dalam perhubungan. Ia adalah ramuan yang penting untuk mengekalkan perhubungan. Jadi, tidak perlu dilakukan sepanjang hari.
Tip 5: Komunikasi secara terbuka.
Komunikasi adalah penting dalam membina kebahagiaan dalam hubungan intim. Apabila cinta berdua sudah memasuki tahap hubungan yang stabil, ia bererti sudah tiba masanya untuk anda berkomunikasi secara dua hala tentang hal peribadi masing-masing. Bangkitkan situasi luar biasa agar si dia mengenali diri anda secara luaran dan dalaman. Begitu juga anda, cuba fahami keinginan dan peribadi pasangan.
Tip 6: Jangan kelam kabut.
Jika naluri si dia bersikap ramah mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling, anda tidak perlu kelam kabut, panik dan bersifat kebudak-budakan. Ingat, hati si dia tetap milik anda.
Tip 7: Peka perkara sensitif.
Pertimbangkan dahulu masalah jika anda ingin menyelesaikan perkara-perkara yang sensitif. Ingat situasi semasa, keadaan sekeliling dan kenali hatinya. Anda pasti tidak ingin membuatkan si dia berasa malu terutama di depan orang tuanya.
Tip 8: Biarkan hubungan melewati dugaan dan cabaran.
Perkara ini akan membuatkan hubungan anda tidak membosankan. Pelbagai cabaran hidup juga boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji hubungan anda. Perhatikan sikap si dia ketika berhadapan dengan masalah. Penting, cuba kawal tekanan perasaan anda agar diri tetap tenang walau apa perkara sekalipun.
-Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment